People say it is very gay of me to have a novel blog. I just laughed them off.

Muzik Dari Laci Rafa

Dandelion [3.0]

 Lepas solat Maghrib Azad sekeluarga bersiap untuk ke rumah Datuk Sarif atas jemputan Nurul Syuhada. Azad mengenakan t-shirt polo putih dengan jeans. Nampak sungguh santai tapi cukup untuk buatkan Puan Huda mencekak pinggang.

"Anak mummy dressing like this? Go change to a proper shirt! Pakai kemeja ke...tak kemas langsung."

"Mummy, ni makan malam je. Bukan kenduri kahwin." balas Azad.

Amira menyiku Azad. "Eh better go change before she nags."

Akur dengan kehendak mummy yang bersikap perfectionist itu Azad naik semula ke bilik dan menukar t-shirt polo itu ke kemeja santai warna biru. Mujur dah digosok petang tadi. Kemudian dia turun semula dan mencapai kunci Alphard di kotak kunci.

Sepanjang perjalanan yang pendek dari Bukit Jelutong ke Seksyen 9 Shah Alam itu, nenek dan mummy tak sekali pun berhenti bercerita tentang Nurul Syuhada. Amira dan datuk hanya berpandangan manakala daddy senyap saja.

"Amboi puji melambung. Awak dua orang ni dah siasat betul-betul ke latar belakang Nurul Syuhada tu. Manalah tahu kot tak sesuai dengan Azad." tegur Datuk Dhiyauddin.

Azad senyum. Betul tu atuk, tembak lagi..tembakk!

"Udah, bang. Dia tu cucu geng usrah saya. Lagipun kan kita dah tunangkan Azad dengan dia. Saya dah risik-risik pada kawan-kawan saya lah. Nurul Syuhada okey,"

Puan Huda pula menyokong. "Lagipun she looks so sweet. Oh did I mention dia baru dapat kerja di Price Waterhouse Cooper? That's cool isn't it?"

Yelah, yelah. Kita tengok la nanti. I'm not going to let her ruin Azad's life. Amira peluk tubuh.


Kedatangan mereka disambut gembira oleh Datin Jannah dan Datuk Sarif. Kata mereka Nurul Syuhada sibuk menghidangkan makanan di ruang makan. Sebentar kemudian Nurul Syuhada muncul dan menjemput mereka makan. Asam pedas ikan keli, ayam goreng berempah, salad tuna sayur campur dan nasi putih terhidang sedia.

"Sedap, pandai Nurul Syuhada masak." puji Datin Sherlyn.

Memang makanan malam tu sedap. Dan puding pisang sejuk itu juga buat Azad angkat kening. Selepas makan mereka bersantai di balkoni banglo itu. Bunyi air terjun tiruan yang dibina di balkoni itu menenangkan.

"Azad, kerja apa di UK?"

"Kerja saya biasa je, dengan sebuah firma arkitek di Manchester. Sekarang ada projek baru. So planning to return there next week. Lepas tu adalah juga jadi sukarelawan untuk United Nations. Uncle macam mana? Buat bisnes apa?"

Datuk Sarif mengemam hujung paip tembakaunya. "Uncle buat cargo. Kecil-kecil je. Untuk market Asia. Tak ada orang nak jaga untuk market global. Anak cuma seorang, tak minat meniaga pula tu."

Azad menjeling Nurul Syuhada dengan ekor matanya. Nampaknya gadis tu tengah berbual dengan Amira, Puan Huda dan Datin Sherlyn serta Datin Jannah. Mesra, siap gelak ketawa.

Hey, how bout giving her chance?


...continuing later...

Related Posts



3 comments:

sha said...

haiyyooo...tension aku baca novel ko yg sekerat2 ni...asal la ko xleh wat pnjng2 dulu br post...hahaha..ngada2 x aku?? xkisah r..tp mmg tension pn...
errm..."how bout giver her chance?"...ahaks~...
soklan aku..ye ke?? blh ke??? hahaha....mcm xleh jek...wehh...wujudknlh pompuan lain lak pas ni...hahahaha...anyway...gud luck!!!

rafa said...

hahah! itulah bagi saspen sikit.apa yg aku post ini RAW.memang taipnya di blog, bukan copy-paste.

perempuan lain. bisa diatur, dong!

azrina nur rusly said...

bila mau sambung?