People say it is very gay of me to have a novel blog. I just laughed them off.

Muzik Dari Laci Rafa

Dandelion [2.5]



Datuk Dhiyauddin Hafiz dibenarkan pulang. Keadaannya masih lemah dan perlu dibawa menggunakan kerusi roda. Tapi dia nampak ceria dengan kepulangan Azad. Walaupun banyak yang nak dibualkan tapi keadaannya yang lemah menyukarkan lelaki berusia 80 tahun itu bercakap. Petang itu ketika mereka semua berkumpul minum teh barulah datuknya buka mulut. 

"Lyn, nanti tak payah masakkan untuk saya. Saya tak selera nak makan." 

Datin Sherlyn berpaling, melihat suaminya yang sudah hidup bersamanya selama 52 tahun. "Tak boleh, awak kena makan ubat. Kena makan juga sikit. Nanti saya buatkan bubur. Awak suka bubur nasi, kan? Dengan ikan masin lagi saya letak."

Senyum. Dia merenung terus wanita keturunan Belindo yang membetul-betulkan sanggul Jawa bercucuk perak. Sherlyn Lutfiah Kartika van Nostrand ialah nama penuhnya. Mereka berjumpa di Jakarta ketika dia ke sana atas urusan perniagaan dulu. Sherlyn dulu seorang guru, mengajar subjek matematik. Kalau tak diberitahu Sherlyn itu guru masa jumpa di coffee house di hotel penginapannya dulu, pasti dia ingat Sherlyn pramugari atau model.

"Tak apalah, tak payah susah-susah. Memang tak ada selera." 

"Abah, makanlah sikit. Nanti perut masuk angin. Ni pengat pisang abah," Puan Huda hulurkan semangkuk pengat pisang yang dia baru buat tadi. 

Amira sambut mangkuk itu. Dia bangun dari tunggul kayu yang dibuat tempat duduknya dan mendekati datuknya. 

"Meh meh Amira suap. Sikit je, makan eh?"

Datuk Dhiyauddin akur. Pujukan dari Amira tak siapa boleh tolak. Pandai sungguh dia memujuk, ditambah pula dengan muka comel dan mata bulatnya. 

"Oh, after Isyak I want to have a talk with you, Azim. And you too, Azad." sambung Datuk Dhiyauddin. 

*****
Azad bangga dengan datuknya. Sakit macam mana pun masih lagi boleh imamkan solat keluarga. Lepas doa yang panjang, Azad menolak kerusi roda Datuk Dhiyauddin ke dalam bilik membaca diikuti Tuan Azim. Macam biasa Amira masuk sebentar untuk hantar kopi kemudian keluar semula.

"The thing is, my health condition is declinging and I really don't know how long I can last. So I think tonight might be the right moment to talk business."

"Abah, you really don't have to worry about Buwanasakti. Azim dah nak serah syarikat tu pada Azad."

Azad angguk sebelum menyedari namanya disebut. "What? Azad? Daddy, you really should not. Daddylah yang uruskan sebab daddy lebih tahu apa yang syarikat perlukan."

Kalau daddy serahkan Buwanasakti pada aku bermakna aku perlu pulang menetap di Malaysia. Tak boleh jadi ni! Projek di UK belum siap. Tahun depan pula aku nak ikut jadi sukarelawan PBB ke Ethiopia. Cuti dah approve. Apa semua ni??

Tuan Azim memandang anak bujangnya. "Sebab itulah daddy suruh Azad balik."

"Atuk..." Azad buat muka kesian. "Tahun depan Azad kena ke Ethiopia. For one whole year. Lagipun Azad tak sedia lagi nak pikul tanggungjawab teraju syarikat. Banyaklagi Azad kena belajar. Please atuk please..."

Datuk Dhiyauddin geleng. "Azad boleh ke Ethiopia. Lepas Azad belajar selok-belok syarikat dari daddy Azad pergilah. Tapi please, ambil tawaran jadi CEO syarikat. Daddy Azad akan jadi chairman dan penasihat so don't worry. Atuk dah tak larat."

Azad diam. Bukan senang. Jadi CEO syarikat tu bukan tanggungjawab kecil. Orang lain sibuk-sibuk gilakan pangkat tu padahal mereka tak tahu macam mana kerja CEO. Segala keputusan perlu dibuat dengan berhati-hati. Tak boleh rugikan syarikat, tak boleh juga rugikan client. 

Ah Manchester! 

"Biar Azad fikir dulu, daddy." Kopi panas itu dihirup. "And about the arranged engagement..."

"Yang tu tak boleh buat apa. Kami tak ada kuasa."  Serentak atuk dan daddy membalas.

Haih.

*****

"Tak nak tidur lagi ke?" satu suara buat Azad berpaling ke belakang.

"Waaaaarrgh!!"

"Ni Amira lah!"

Azad ketawa. Melihat Amira bergaun tidur putih, rambut paras pinggangnya dilepas dan muka ditempek bedak sejuk. Seram sungguh. Nasib tak jatuh kolam. Kalau tak, demam seminggu jawabnya. Amira duduk sebelah Azad dan mencelup kakinya juga ke dalam kolam.

"Buat apa? Merenung masa depan ke?"

"Macam tu lah nampaknya. Kan bagus kalau hidup kita ni flow macam apa yang kita plan. Hmm."

Amira angguk. "Betul. Tapi kan ada pepatah Apache kata, kita boleh ambil jalan yang berbeza untuk pergi ke destinasi yang sama."

"Hahahha! Pepatah Apache segala!"

"Dengar dulu! Macam ni..."

Malam itu mereka berbual panjang. Hampir subuh barulah mereka masuk. Esok, dan hari-hari yang mendatang Azad harap sesuatu yang lebih baik akan berlaku. 

Related Posts



1 comment:

sha said...

hahahah....pasal tunang2..semua org x berani masuk cmpur 2...hahaha...power jgk nenek c azad ni..kekeke...anyway beb..best...xsabar nk tggu next episod...