People say it is very gay of me to have a novel blog. I just laughed them off.

Muzik Dari Laci Rafa

Dandelion [1]




Jam 8:37 malam waktu Manchester.


Suasana dalam kapal terbang itu sunyi. Penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur melalui Amsterdam mengambil masa kira-kira 14 jam. Dah lima jam berlalu, cukup untuk buat lelaki itu kebosanan. Dia bukannya boleh duduk diam. Tidurnya pun hanya empat jam. Yang selebihnya diperuntukkan untuk kerja dan aktiviti kegemaran. 

Azad Fathi Azim membelek buku di tangannya. Mujur dia duduk seorang di seat berkembar. Boleh dia letakkan beg di seat sebelah. The Myth of Lazy Native tulisan Allahyarham Syed Hussein Alattas dibelek berhati-hati. Helaiannya sudah warna coklat tua. Di mukasurat pertama tertera nama Dhiyauddin Hafiz dalam tulisan Jawi. Di bawah nama itu tertulis Azim Dhiyauddin. 

Dua hari lepas dia dapat panggilan dari adiknya Amira. Atuk sakit, doktor kata serangan jantung kata Amira. Baliklah, abah pun nak bincang dengan Azad. 

Nafasnya dihela perlahan. Azad mencapai butang lampu di atas kepalanya untuk ditutup. 

******

Amira berjubah serba hitam menunggu di balai ketibaan. Bersamanya ialah Nurul Syuhada, tunangan Azad dengan jubah moden warna ungu. Azad nampak mereka dari jauh. Nurul Syuhada, jodoh pilihan ayah dan mak. Kata mereka, Nurul Syuhada cucu salah seorang geng usrah nenek. Baru graduasi dari UIA. 

"Azad!" Amira terjerit kecil lalu memeluk abangnya. 

"Wah, dah kurus sikit Amira ni." Azad lepaskan tubuh adiknya dan senyum kepada Nurul Syuhada. "Syuhada, apa khabar?"

Nurul Syuhada senyum makin lebar. "Alhamdulillah, baik."

Dalam perjalanan, rancak Amira bertanyakan itu ini pada Azad. Maklumlah abangnya itu sudah dua tahun tak pulang. Nurul Syuhada yang duduk di kerusi belakang hanya bercakap sekali-sekala. Itupun bila ditanya atau bila Amira bercakap tentang dia. 

Azad minta untuk terus dihantar ke Hospital Gleneagles, Ampang untuk berjumpa dengan datuknya. Amira menghantar Azad lalu ke rumah Nurul Syuhada. Pintu bilik 711 dibuka perlahan.Wad kelas satu itu seperti sebuat mini suite. Ada ruang tamu dan bilik menempatkan katil pesakit. Ada satu katil kosong juga. Katil kosong itu kemas. Yang ada cuma datuknya di katil pesakit yang dipasang alat bantuan pernafasan.

Atuk, Azad dah balik...

Dia berjalan perlahan ke katil. Datuknya sedang tidur. Azad duduk di katil kosong bersebelahan katil datuknya itu. Muka datuk yang sentiasa tenang itu ditenung lama. Terus teringat kenangan bersama datuk dulu-dulu. Datuklah orang pertama yang mengajar Azad bercakap Inggeris. Datuk yang bawa Azad ke sana-sini pada zaman projek pembangunan luar bandar rancak berlaku. Datuk yang hantar dia belajar di Southampton. Datuk yang sokong dia kerja di UK. Dan paling penting datuk yang menentang pertunangan Azad dengan Nurul Syuhada.

"Azad?"

Azad berpaling. Mak, berbaju kurung putih bunga orkid ungu berdiri di muka pintu meluru ke arahnya. Dipeluk, dicium Azad sepuas hati.

"Kenapa balik tak bagitahu?"

"Err...surprise?"

"Surprise apa? Kalau mak ada heart attack tak pasal-pasal lepak bilik sebelah pula!"

Pintu wad dibuka lagi. Kali ini seorang nurse masuk.

"Assalamualaikum puan, saya nak bagi patient...." kelu lidah melihat Azad.

"Nora?"


...bersambung? haha!




Related Posts



No comments: