People say it is very gay of me to have a novel blog. I just laughed them off.

Muzik Dari Laci Rafa

Dandelion [1.5]



 Nora, berbadan kecil. Dulu berambut pendek, serta berpewatakan seperti lelaki. Sekarang sudah bertudung. Mukanya agak lain tapi matanya tak pernah berubah. Mata smiley eyes miliknya sentiasa bersinar.

"Wah tak sangka dapat jumpa kau kat sini! Serius kau baru balik dari UK ni?" bulat mata Nora Aina bertanya.

"Uhuh. Touch down, terus aku suruh Amira hantar sini." Cawan kopi Dome diletak kembali atas piring. "So how's life? Jadi nurse kau ye. Aku ingat manusia hemophobic macam kau ni tak boleh kerja kat hospital."

Nora ketawa. Azad suka tengok Nora begitu. Nampak lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Manis saja.

"Itu dulu lah. Hish cerita form 5 juga kau buat modal. Kau macam mana? Ada bawa balik minah salleh rambut kuning ke?"  

Azad angkat tangan kanan. Sebentuk cincin tersarung di jari manis. Cincin emas putih dengan nilam Sri Lanka. "Engaged."

Nora terkedu. Senyuman lebarnya perlahan  kendur. Rasa menyesal bertanya pun ada. Mulalah kepalanya fikir macam-macam. Siapa gadis bertuah itu? Orang mana? Bagaimana boleh memikat hati lelaki bernama Azad? Setahu Nora Azad bukannya seorang yang senang buat keputusan besar macam ni. 

"Oh. Match made in heaven,"

Geleng. "Nope. Match made in Malaysia."

Gadis itu kerut dahi. "Why? Kena paksa ke? Anak datuk mana?"

"Honestly Nora, I don't know her. Mak aku, called few months back masa tu aku di Africa. I was busy so I just let it be. Balik Manchester aku rasa menyesal pula tak bantah. Atuk aku awal-awal lagi tak bagi. bertunang tapi tahulah kan, kuasa veto pasal hal-hal jodoh ni nenek aku punya.  Aku tak sedia. Kau tahu aku macam mana, kan?"

Nora angguk. "Uhuh. Dandelion."

*****

Amira menarik brek tangan. Nurul Syuhada keluar tanpa berkata apa-apa dan menutup pintu. Amira hanya melirik pandang ke arah tunang abangnya masuk ke perkarangan banglo dua tingkat di Shah Alam itu. Hatinya agak sakit.  

Mana adab sopan perempuan ni? Tak cakap terima kasih pun. Nampak saja baik. Macam ni nak kahwin dengan Azad?

Keretanya dipandu laju meninggalkan Shah Alam ke Bukit Jelutong. Lebih baik dia pulang saja. Mahu dia bagitahu nenek saja perangai bakal cucu menantunya tu tapi nanti pasti berperang dingin. Datin Sherlyn dah memang berkenan habis dengan Nurul Syuhada.
Nurul Syuhada this, Nurul Syuhada that! One day without saying her name is like one day without breathing. Don't worry Azad, ni adikmu Amira lah! Amira akan siasat betul-betul siapa Nurul Syuhada kebanggaan nenek tu.



...bersambung?







Related Posts



2 comments:

S y a m e e m said...

:D
seronok!
xsabar nak tgu dandelion 2!!! :)

rafa said...

sabar! sempat berak, mandi dan basuh kereta ayah!