People say it is very gay of me to have a novel blog. I just laughed them off.

Muzik Dari Laci Rafa

Dandelion [3.0]

 Lepas solat Maghrib Azad sekeluarga bersiap untuk ke rumah Datuk Sarif atas jemputan Nurul Syuhada. Azad mengenakan t-shirt polo putih dengan jeans. Nampak sungguh santai tapi cukup untuk buatkan Puan Huda mencekak pinggang.

"Anak mummy dressing like this? Go change to a proper shirt! Pakai kemeja ke...tak kemas langsung."

"Mummy, ni makan malam je. Bukan kenduri kahwin." balas Azad.

Amira menyiku Azad. "Eh better go change before she nags."

Akur dengan kehendak mummy yang bersikap perfectionist itu Azad naik semula ke bilik dan menukar t-shirt polo itu ke kemeja santai warna biru. Mujur dah digosok petang tadi. Kemudian dia turun semula dan mencapai kunci Alphard di kotak kunci.

Sepanjang perjalanan yang pendek dari Bukit Jelutong ke Seksyen 9 Shah Alam itu, nenek dan mummy tak sekali pun berhenti bercerita tentang Nurul Syuhada. Amira dan datuk hanya berpandangan manakala daddy senyap saja.

"Amboi puji melambung. Awak dua orang ni dah siasat betul-betul ke latar belakang Nurul Syuhada tu. Manalah tahu kot tak sesuai dengan Azad." tegur Datuk Dhiyauddin.

Azad senyum. Betul tu atuk, tembak lagi..tembakk!

"Udah, bang. Dia tu cucu geng usrah saya. Lagipun kan kita dah tunangkan Azad dengan dia. Saya dah risik-risik pada kawan-kawan saya lah. Nurul Syuhada okey,"

Puan Huda pula menyokong. "Lagipun she looks so sweet. Oh did I mention dia baru dapat kerja di Price Waterhouse Cooper? That's cool isn't it?"

Yelah, yelah. Kita tengok la nanti. I'm not going to let her ruin Azad's life. Amira peluk tubuh.


Kedatangan mereka disambut gembira oleh Datin Jannah dan Datuk Sarif. Kata mereka Nurul Syuhada sibuk menghidangkan makanan di ruang makan. Sebentar kemudian Nurul Syuhada muncul dan menjemput mereka makan. Asam pedas ikan keli, ayam goreng berempah, salad tuna sayur campur dan nasi putih terhidang sedia.

"Sedap, pandai Nurul Syuhada masak." puji Datin Sherlyn.

Memang makanan malam tu sedap. Dan puding pisang sejuk itu juga buat Azad angkat kening. Selepas makan mereka bersantai di balkoni banglo itu. Bunyi air terjun tiruan yang dibina di balkoni itu menenangkan.

"Azad, kerja apa di UK?"

"Kerja saya biasa je, dengan sebuah firma arkitek di Manchester. Sekarang ada projek baru. So planning to return there next week. Lepas tu adalah juga jadi sukarelawan untuk United Nations. Uncle macam mana? Buat bisnes apa?"

Datuk Sarif mengemam hujung paip tembakaunya. "Uncle buat cargo. Kecil-kecil je. Untuk market Asia. Tak ada orang nak jaga untuk market global. Anak cuma seorang, tak minat meniaga pula tu."

Azad menjeling Nurul Syuhada dengan ekor matanya. Nampaknya gadis tu tengah berbual dengan Amira, Puan Huda dan Datin Sherlyn serta Datin Jannah. Mesra, siap gelak ketawa.

Hey, how bout giving her chance?


...continuing later...

Dandelion [2.5]



Datuk Dhiyauddin Hafiz dibenarkan pulang. Keadaannya masih lemah dan perlu dibawa menggunakan kerusi roda. Tapi dia nampak ceria dengan kepulangan Azad. Walaupun banyak yang nak dibualkan tapi keadaannya yang lemah menyukarkan lelaki berusia 80 tahun itu bercakap. Petang itu ketika mereka semua berkumpul minum teh barulah datuknya buka mulut. 

"Lyn, nanti tak payah masakkan untuk saya. Saya tak selera nak makan." 

Datin Sherlyn berpaling, melihat suaminya yang sudah hidup bersamanya selama 52 tahun. "Tak boleh, awak kena makan ubat. Kena makan juga sikit. Nanti saya buatkan bubur. Awak suka bubur nasi, kan? Dengan ikan masin lagi saya letak."

Senyum. Dia merenung terus wanita keturunan Belindo yang membetul-betulkan sanggul Jawa bercucuk perak. Sherlyn Lutfiah Kartika van Nostrand ialah nama penuhnya. Mereka berjumpa di Jakarta ketika dia ke sana atas urusan perniagaan dulu. Sherlyn dulu seorang guru, mengajar subjek matematik. Kalau tak diberitahu Sherlyn itu guru masa jumpa di coffee house di hotel penginapannya dulu, pasti dia ingat Sherlyn pramugari atau model.

"Tak apalah, tak payah susah-susah. Memang tak ada selera." 

"Abah, makanlah sikit. Nanti perut masuk angin. Ni pengat pisang abah," Puan Huda hulurkan semangkuk pengat pisang yang dia baru buat tadi. 

Amira sambut mangkuk itu. Dia bangun dari tunggul kayu yang dibuat tempat duduknya dan mendekati datuknya. 

"Meh meh Amira suap. Sikit je, makan eh?"

Datuk Dhiyauddin akur. Pujukan dari Amira tak siapa boleh tolak. Pandai sungguh dia memujuk, ditambah pula dengan muka comel dan mata bulatnya. 

"Oh, after Isyak I want to have a talk with you, Azim. And you too, Azad." sambung Datuk Dhiyauddin. 

*****
Azad bangga dengan datuknya. Sakit macam mana pun masih lagi boleh imamkan solat keluarga. Lepas doa yang panjang, Azad menolak kerusi roda Datuk Dhiyauddin ke dalam bilik membaca diikuti Tuan Azim. Macam biasa Amira masuk sebentar untuk hantar kopi kemudian keluar semula.

"The thing is, my health condition is declinging and I really don't know how long I can last. So I think tonight might be the right moment to talk business."

"Abah, you really don't have to worry about Buwanasakti. Azim dah nak serah syarikat tu pada Azad."

Azad angguk sebelum menyedari namanya disebut. "What? Azad? Daddy, you really should not. Daddylah yang uruskan sebab daddy lebih tahu apa yang syarikat perlukan."

Kalau daddy serahkan Buwanasakti pada aku bermakna aku perlu pulang menetap di Malaysia. Tak boleh jadi ni! Projek di UK belum siap. Tahun depan pula aku nak ikut jadi sukarelawan PBB ke Ethiopia. Cuti dah approve. Apa semua ni??

Tuan Azim memandang anak bujangnya. "Sebab itulah daddy suruh Azad balik."

"Atuk..." Azad buat muka kesian. "Tahun depan Azad kena ke Ethiopia. For one whole year. Lagipun Azad tak sedia lagi nak pikul tanggungjawab teraju syarikat. Banyaklagi Azad kena belajar. Please atuk please..."

Datuk Dhiyauddin geleng. "Azad boleh ke Ethiopia. Lepas Azad belajar selok-belok syarikat dari daddy Azad pergilah. Tapi please, ambil tawaran jadi CEO syarikat. Daddy Azad akan jadi chairman dan penasihat so don't worry. Atuk dah tak larat."

Azad diam. Bukan senang. Jadi CEO syarikat tu bukan tanggungjawab kecil. Orang lain sibuk-sibuk gilakan pangkat tu padahal mereka tak tahu macam mana kerja CEO. Segala keputusan perlu dibuat dengan berhati-hati. Tak boleh rugikan syarikat, tak boleh juga rugikan client. 

Ah Manchester! 

"Biar Azad fikir dulu, daddy." Kopi panas itu dihirup. "And about the arranged engagement..."

"Yang tu tak boleh buat apa. Kami tak ada kuasa."  Serentak atuk dan daddy membalas.

Haih.

*****

"Tak nak tidur lagi ke?" satu suara buat Azad berpaling ke belakang.

"Waaaaarrgh!!"

"Ni Amira lah!"

Azad ketawa. Melihat Amira bergaun tidur putih, rambut paras pinggangnya dilepas dan muka ditempek bedak sejuk. Seram sungguh. Nasib tak jatuh kolam. Kalau tak, demam seminggu jawabnya. Amira duduk sebelah Azad dan mencelup kakinya juga ke dalam kolam.

"Buat apa? Merenung masa depan ke?"

"Macam tu lah nampaknya. Kan bagus kalau hidup kita ni flow macam apa yang kita plan. Hmm."

Amira angguk. "Betul. Tapi kan ada pepatah Apache kata, kita boleh ambil jalan yang berbeza untuk pergi ke destinasi yang sama."

"Hahahha! Pepatah Apache segala!"

"Dengar dulu! Macam ni..."

Malam itu mereka berbual panjang. Hampir subuh barulah mereka masuk. Esok, dan hari-hari yang mendatang Azad harap sesuatu yang lebih baik akan berlaku. 

Dandelion [2.0]


Dandelion Fritters


Nurul Syuhada menutup pintu depan. Tudungnya ditanggalkan dan dilempar ke sofa sebelum dia sendiri menghempaskan tubuhnya di situ. Dia merengus. Rimas!

Datin Jannah menghampiri, masuk dari laman rumahnya yang penuh dengan bunga. Dia duduk di sebelah anak tunggalnya. Sebentar dia memanggil pembantu rumahnya untuk membancuh teh. Disuruh juga teh itu dihidang sama karipap sardin kegemaran Nurul Syuhada.

"Dah jumpa Azad?"

Angguk.

"Dah tu kenapa moody je umi tengok ni?" 

"Umi... Azad tu memanglah taste Syu. Tapi Syu rimaslah kena pakai jubah dan tudung depan family dia. Lepas tu pula dia tak bagi perhatian pada Syu sikit pun."

Datin Jannah geleng kepala. "Syu sabarlah. Lagi enam bulan nak nikah. Syu kena ambil hati keluarga Azad. Ambil hati Azad juga. Umi dengar Uncle Azim nak suruh Azad balik Malaysia terus."

"Apa lagi yang Syu boleh buat, umi?"

Mbah Leha datang membawa dulang berisi dua cawan teh dan sepiring karipap buatannya sendiri. Wanita setengah baya itu dah lama bekerja dengan keluarga Datin Jannah dan Datuk Sarif.

"Ha, apa kata kalau Syu masak untuk ambil hati Azad?"

"Mbah Leha....macam mana nak masak? Syu mana tahu masak. Umi..." bibirnya dimuncungkan. "Umi tolonglah Syu..."

"Okey, umi tolong."

Lalu Nurul Syuhada, Datin Jannah dan Mbah Leha  merancang jamuan untuk dua keluarga.

***

...bersambung.